
Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
IPOH – Setakat 8 pagi hari ini, mangsa banjir kilat dalam Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Chepor meningkat kepada 93 orang berbanding 55 orang yang dilaporkan malam semalam.
Menurut pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, kira-kira jam 10.05 malam semalam, pihaknya menerima laporan mengenai banjir akibat hujan lebat itu.
Tambahnya dalam satu kenyataan, 33 buah keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Klebang yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari lokasi banjir dan paras air terkini adalah sekitar setengah meter.
Beliau berkata, kawasan Ulu Chepor yang turut ditenggelami air dan tempat yang rosak kedua-duanya sedang dipantau oleh pihak bomba.
Semalam, banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi akibat daripada hujan lebat yang turun secara berterusan sejak petang sehingga tengah malam.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038