BanjirSemasa

Mangsa banjir selatan Pakistan di pindah ke ‘kota khemah’

Kanak-kanak berpeluang kembali belajar melalui kelas-kelas anjuran Yayasan Pendidikan Sindh

KARACHI: Ribuan mangsa banjir  di wilayah Sindh dipindahkan ke sebuah ‘kota khemah’ di Karachi sejak beberapa hari lalu, selepas bencana itu menenggelamkan satu pertiga daripada Pakistan dan meragut lebih 1,600 nyawa.

Hujan lebat dan glasier cair di kawasan pergunungan  utara Pakistan menyebabkan banjir kilat menghanyutkan banyak kediaman, infrastruktur utama, haiwan ternakan serta tanaman. Malapetaka itu turut menjejaskan 33 juta daripada 220 juta penduduk Pakistan sejak pertengahan Jun lalu.

Dengan hampir 1.5 juta penduduk hilang tempat tinggal di wilayah Sindh, kerajaan tempatan terpaksa menggunakan sekolah-sekolah awam sebagai pusat perlindungan sementara, manakala  di Karachi sahaja, beribu-ribu orang berlindung di 30 buah sekolah di bandar raya itu.

Pegawai-pegawai tempatan kini bersiap sedia untuk memindahkan mangsa banjir ke sebuah fasiliti  sementara di pinggir bandar Malir iaitu daerah pentadbiran di timur Karachi. Penempatan semula mangsa banjir itu dijangka bermula minggu ini.

“Kira-kira 7,000 orang yang berlindung di kem-kem bantuan kami akan dipindahkan dan sekolah-sekolah akan dikosongkan,” jelas Timbalan Komisioner  Daerah Timur Karachi, Raja Tariq Chandio.

Sementara itu, Timbalan Komisioner Malir, Irfan Salam memberitahu Arab News bahawa penempatan sementara itu akan terdiri daripada kira-kira 1,300 buah khemah.

Syarikat pembekal tenaga tunggal di bandar itu, K-Electric pula akan menyediakan tenaga untuk membekalkan elektrik ke kem tersebut.

“Di kota khemah itu, mangsa-mangsa banjir akan mempunyai bekalan air minuman bersih dan makanan yang dimasak. Ia turut menyediakan 20 tandas dan sebuah hospital yang lengkap dengan doktor serta paramedik lelaki serta wanita.”

“K-Electric akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hari untuk membina rangkaian tenaga elektrik sebelum mangsa banjir dipindahkan ke bandar khemah itu,” kata Irfan.

Selain itu, sebuah organisasi kebajikan akan menyediakan makanan kepada penduduk yang dipindahkan ke Malir, manakala kanak-kanak berpeluang untuk kembali belajar dengan menghadiri kelas-kelas anjuran Yayasan Pendidikan Sindh.

Kota Khemah di Punjab Selatan untuk keluarga terjejas banjir sumbangan Yayasan Alkhidmat Pakistan. Kredit foto @akfpvolunteers

Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button