Semasa
Mangsa banjir di Kelantan menurun
KOTA BHARU : Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 378 orang setakat 9 pagi hari ini, menunjukkan penurunan daripada 470 orang pada 6 petang semalam.
Kesemua mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas mewakili 127 keluarga.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh seramai 259 orang dan SK Gual Periok seramai 119 orang.
Dalam laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kekal pada paras berjaga-jaga 7.01 meter (m).
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM