BanjirSemasa

Mangsa banjir di Kelantan dan Perak meningkat, Johor menurun

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak menunjukkan peningkatan, Johor menurun manakala Terengganu kekal dengan 23 orang.

Di KELANTAN, 1,584 mangsa daripada 490 keluarga di Jajahan Pasir Mas ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding 1,508 orang daripada 467 keluarga petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan memaklumkan 712 mangsa berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kedai Tanjong (28), SK Gual Periok (516), Masjid Mukim Padang Licin (57), PPS Putat Tujoh (106) dan SK Kubang Kual (165).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di satu-satunya PPS yang beroperasi iaitu SK Sungai Tiang Darat malam ini adalah seramai 16 orang daripada lapan keluarga berbanding 15 mangsa petang tadi.

Sekretariat JPBN memaklumkan PPS itu menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sungai Belakang, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Nipah Darat.

Kredit foto Balai Bomba Teluk Intan

Sementara itu, di JOHOR, tiga PPS masih beroperasi di Segamat iaitu Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya yang menempatkan 75 orang daripada 21 keluarga setakat jam 8 malam berbanding orang melibatkan 24 keluarga pada jam 4 petang tadi.

Kesemua mangsa adalah penduduk di Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya manakala JPBN memaklumkan PPS Sekolah Agama Pangkalan Batu di Mersing telah ditutup pada jam 5 petang tadi.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang masih berada di PPS SK Atas Tol di Kuala Terengganu iaitu PPS tunggal yang beroperasi ketika ini pada malam ini kekal 23 orang daripada enam keluarga. – BERNAMA

BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button