BanjirSemasa

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 29 orang

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

JOHOR – Satu pembukaan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom semalam menjadikan jumlah mangsa banjir kilat di Johor meningkat daripada 22 orang kepada 29 orang setakat 8 pagi ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), seramai 19 orang daripada empat keluarga termasuk warga Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang ditempatkan di PPS yang dibuka pada pukul 4 petang itu.

Sementara itu, dii PPS SK Sungai Linau di Kluang pula yang menempatkan penduduk dari Kampung Sungai Linau, jumlah mangsa banjir yang masih menetap di situ menurun kepada 10 orang daripada dua keluarga setakat pagi ini.

Banjir kilat yang berlaku di negeri tersebut adalah akibat daripada hujan lebat yang berterusan sejak 10 pagi Ahad yang lepas. 


MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button