DuniaSemasa

Malaysia tolak sebarang keganasan

Suspek serangan di Nice dikenal pasti

PUTRAJAYA :  Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di sebuah gereja di bandar raya Nice, Perancis pada 29 Oktober 2020 lalu yang menyebabkan kematian serta kecederaan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyatakan Malaysia berpendirian teguh menolak sebarang keganasan meski apa jua motif atau alasannya.

Hal kerana kejadian tersebut menyebabkan keselamatan orang awam.

Menurut kenyataan itu lagi, negara menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Perancis, semoga mangsa yang cedera cepat pulih.

 

 

Sementara itu, Perancis kini dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi sejurus serangan keganasan kedua yang berlaku di tengah bandar Nice, yang menyaksikan tiga orang terbunuh, seorang daripadanya wanita yang maut akibat dikelar di leher.
Susulan kejadian, Presiden Emmanuel Macron mengerahkan ribuan lagi tentera ke bandar utama di negara itu bagi melindungi kawasan ibadat dan sekolah.
Macron turut menggesa semua rakyat Perancis agar kembali bersatu.
Katanya, negara itu hanya mempunyai satu komuniti iaitu komuniti nasional.
“Saya mahu semua rakyat, tanpa mengira agama, sekiranya mereka percaya atau tidak, kita mesti bersatu ketika ini dan tidak menyerah kepada perpecahan. Saya tahu semua rakyat masih terkejut dengan kejadian ini.”
Sementara lewat hari ini pada waktu tempatan, suspek serangan di Nice dikenal pasti sebagai Brahim Aioussaoi yang berasal dari Tunisia.
Pendakwa raya Perancis dilaporkan sudah pun membuka kertas siasatan berhubung insiden berkenaan.

Suspek itu berusia 21 tahun ditahan sejurus serangan dilakukan dan dikatakan baru tiba dari Tunisia pada 9 Oktober lalu.

Seorang lelaki berusia lewat 40-an juga ditahan untuk disoal siasat selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan suspek.

Pic: BackGrid

Pendakwa anti-keganasan Perancis, Jean-Francois Ricard berkata, penyerang yang dikenali sebagai Brahim Aouissaoui memiliki salinan Al-Quran, dua telefon dan tiga pisau ketika dia memasuki gereja di pusat bandar Mediterranean sekitar jam 8.30 pagi.”

Macron menyifatkan serangan itu sebagai ‘serangan pengganas Islam’ dan kerajaan meletakkan amaran keganasan semaksimum mungkin menjelang cuti Katolik Hari All Saints pada Ahad ini.- AFP

Laporan – Siti Zulaikha Yusri 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button