Covid19Semasa

Malaysia terima 200,000 dos vaksin CanSino

PUTRAJAYA: Sebanyak 200,000 dos vaksin CanSino berbentuk produk siap atau ‘finished product’ diterima Malaysia daripada pembekal CanSino Biologics, China, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kiriman ringkas melalui media sosial, berkata vaksin jenis CanSino ini adalah vaksin Covid-19 satu dos yang pertama di Malaysia.

“(Sebanyak) 3.5 juta dos vaksin CanSino telah ditempah dengan penghantaran berperingkat.” katanya.

Dalam pada sama, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan mengatakan vaksn CanSino ini merupakan vaksin dos tunggal yang akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutamanya di kawasan pedalaman.

Hadir sama menyaksikan ketibaan vaksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah Ketua Setiausaha, MOSTI, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir , Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Dr. Mohd Nor Azman Hassan.
MOSTI dalam kenyataan mengatakan Vaksin CanSino mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun yang lalu. Di mana pada ketika itu, terdapat tiga jenis vaksin diberikan untuk penduduk Malaysia di bawah PICK, iaitu Cominarty (Pfizer BioNTech), CoronaVac (Sinovac) dan AstraZeneca.
Sementara itu, penambahan vaksin CanSino ini dapat membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara mengikut garis masa yang ditetapkan.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button