Semasa

Malaysia sumbang 250,000 pelitup muka kepada Iraq

PUTRAJAYA : Kementerian Luar Malaysia memaklumkan sebanyak 250,000 pelitup muka disumbangkan Malaysia kepada Iraq, semalam.

Dalam satu kenyataan, sumbangan itu diberikan simbolik usaha berterusan kerajaan Malaysia untuk terus bekerjasama dengan Iraq serta masyarakat antarabangsa bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Sumbangan Malaysia kepada Republik Iraq mencerminkan hubungan mesra dan erat yang terjalin antara kedua-dua negara ketika pandemik sedang melanda.

Bantuan yang diserahkan melalui kedutaan Iraq di Kuala Lumpur itu dibiayai oleh Akaun Amanah Pembelaan Rakyat Iraq (AAKPRI), yang ditubuhkan pada 2003 di bawah kementerian.

Katanya, Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama dengan Iraq demi kepentingan bersama kedua-dua negara itu.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button