Covid19Semasa

Malaysia mulakan fasa ke-3 kajian klinikal Vaksin Covid-19 Dis ini

Insiatif Beijing dan Kuala Lumpur

PUTRAJAYA: Malaysia akan memulakan kajian klinikal fasa ketiga vaksin COVID-19 di negara ini, pada bulan depan menerusi inisiatif kerajaan dengan kerajaan (G2G) bersama China.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin, berkata vaksin berkenaan dibangunkan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) dan kajian klinikal akan membabitkan 3,000 peserta bagi menilai keselamatan serta keberkesanan.

“Kajian ini dikendalikan pertubuhan kajian klinikal tempatan dan sudah pun didaftarkan dalam Daftar Kajian Perubatan Nasional.”

“Profil keselamatan vaksin akan diteliti terlebih dahulu oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara untuk memperoleh Lesen Import Kajian Klinikal dan protokol kajian akan dikaji Jawatankuasa Etika dan Kajian Perubatan, bagi memastikan kajian yang akan dijalankan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan,” – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan secara sidang video di Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Muhyiddin berkata, kajian klinikal fasa ketiga itu akan membabitkan lapan pusat penyelidikan klinikal di bawah seliaan Kementerian Kesihatan.

“Kerajaan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IMBCAMS yang akan berkolaborasi untuk menjalankan kajian klinikal fasa tiga ini di Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai masa depan Malaysia dalam meneroka pembangunan vaksin, Muhyiddin berkata, penularan wabak COVID-19 memberi pengajaran mengenai pentingnya untuk negara mengeluarkan vaksin sendiri, bukan hanya bagi COVID-19 tetapi juga penyakit lain.

“Tidak menjadi masalah untuk kita bekerjasama dalam pembangunan vaksin di peringkat awal. Jika ada mana-mana badan atau syarikat yang mahu mencari rakan kongsi bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan, itu satu usaha yang kita galakkan.

“Memang ada beberapa bentuk insentif untuk syarikat ini dan kita harap Malaysia bukan hanya akan menjadi pengguna tetapi juga pengeluar vaksin,” katanya.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button