DuniaPalestinSemasa

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan kejam Israel ke atas Gaza

PUTRAJAYA : Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaru zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan banyak nyawa orang awam termasuk lima kanak-kanak.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan berkata, insiden kejam itu sendiri jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat.

“Justeru, bagi mendesak Israel menghentikan serta-merta kekejaman terhadap Palestin, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera beri tekanan kepada mereka,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Tambahya, komuniti sejagat wajar terus mengecam rejim Zionis atas sikap provokasi yang mementingkan diri sendiri dan dasar apartheid terhadap hak asasi Palestin.

“Tindakan yang tidak berhati perut itu menjejaskan hak asasi, kehidupan, mata pencarian serta maruah semua rakyat Palestin dari pelbagai agama di tanah air mereka sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Malaysia menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi serta solidariti teguh bersama Palestin dalam mencapai kebebasan mutlak daripada pendudukan haram Israel.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 15 maut termasuk komander Jihad Islam Palestin, Tayseer al-Jaabari berikutan serangan udara oleh tentera rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan seramai 15 rakyat Palestin telah terbunuh manakala 125 yang lain cedera sejak permulaan serangan rejim Israel ke atas Gaza semalam.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda kepada rakyat Palestin yang menderita amat diperlukan.

Klik:
http://tabunggaza.com

ATAU melalui Akaun Maybank Dana MAPIM:

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi melalui Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9 pagi-6 petang) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti kemas kini terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button