KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam kempen penindasan tanpa henti terhadap tahanan Palestin di penjara israel terutama terhadap tahanan dari Jenin di Tebing Barat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pemimpin untuk mengecam pembunuhan terang-terangan rakyat Palestin oleh zionis israel.
Media Statement
Prime Minister
2 February 2023Malaysia Condemns The Killings And Relentless Suppression Campaigan By The Israeli Regime Against Palestinian Detainees In The Occupation Jails
Photo: Mondoweiss pic.twitter.com/8V18wyjJL4
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) February 2, 2023
“Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk meminta kerajaan israel bertanggungjawab atas jenayah ini dan menuntut agar ia menghentikan serta-merta tindakan yang kejam ini.”
“Malaysia merakamkan simpati, takziah dan doa kepada keluarga berpuluh-puluh rakyat Palestin yang terkorban dan cedera akibat pencerobohan tanpa henti tentera israel semasa serbuan ke atas kem pelarian Jenin baru-baru ini,” kata Anwar dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Malaysia terus berdiri dalam solidariti bersama rakyat Palestin.
“sokongan kami tidak pernah berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan menyokong tujuan mereka untuk mencapai kebebasan serta merealisasikan aspirasi mereka untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka.”
In the first month of 2023, Israeli occupation forces have detained 540 Palestinians, including 92 minors and 10 women, according to the Palestinian Center for Prisoners Studies. pic.twitter.com/YALzniwnML
— Quds News Network (@QudsNen) February 2, 2023
Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 8 orang terbunuh dan 10 yang lain cedera dalam serangan tembakan di sebuah penempatan di Baitulmaqdis Timur pada malam Jumaat.
Serangan bermula di rumah ibadat sebelum merebak ke jalan di kawasan kejiranan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia