DuniaSemasa

Malaysia gesa AS selesai isu kekejaman terhadap Palestin

KUALA LUMPUR : Malaysia menggesa Amerika Syarikat secara jujur menggunakan pengaruhnya untuk menyelesaikan isu Palestin yang telah berlarutan selama 74 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di Facebook berkata kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin tidak boleh terus berleluasa dan harus diselesaikan secara tuntas.

“Negara Palestin perlu diwujudkan seperti yang terkandung di dalam resolusi PBB iaitu dengan persempadanan sebelum perang 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” katanya.

Menurutnya, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang membangkitkan isu Palestin ini secara jelas.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menyatakan pendirian mengenai konflik Rusia-Ukraine perlu diselesaikan secara damai, bukan dengan peperangan.

“Konflik Rusia-Ukraine juga memberi kesan ekonomi kepada negara-negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Malaysia berpendirian konflik yang berlaku bukan sahaja menjejaskan ekonomi dunia, sebaliknya juga mengorbankan rakyat yang tidak berdosa,” tegasnya.

Beliau sebelum itu selamat pulang ke tanah air setelah mengadakan lawatan kerja ke Washington DC bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

Perdana Menteri turut menghadiri forum perniagaan dan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil perniagaan dan industri di AS.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button