Semasa

Malaysia disenarai negara risiko rendah oleh Thailand

BANGKOK : Malaysia kini termasuk dalam salah satu dari 46 negara yang berisiko rendah oleh negara Thailand dan dikecualikan menjalani kuarantin mulai 1 November.

Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha berkata, jumlah negara yang dimasukkan ke dalam senarai dan wilayah berisiko rendah bertambah kepada 46 negara berbandi 10 negara sebelum ini.

Pelawat dari negara dan wilayah yang dikecualikan kuarantin wajib termasuk Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Amerika Syarikat, dan United Kingdom.

“Kita perlu bertindak lebih pantas. Jika kita menunggu sehingga semuanya sempurna, kita mungkin sudah terlambat.

“Pelancong boleh memutuskan untuk berkunjung ke negara lain,” kata Prayuth menerusi laman Facebook rasminya pada Khamis malam

Awal bulan ini, Prayuth berkata, langkah pertama yang penting bagi menjana semula punca pendapatan adalah dengan pelan membuka semula pintu negara kepada negara-negara yang berisiko rendah.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) akan memuktamadkan senarai negara dan wilayah. Senarai itu akan dikemas kini pada 1 Disember dan 1 Januari.

Di bawah pengaturan perjalanan bebas kuarantin, pelancong lengkap vaksinasi yang tiba menerusi perkhidmatan udara dan diuji negatif Covid-19 bebas mengunjungi provinsi lain di negara ini.

Menurut Kementerian Luar, pengembara mesti lengkap divaksin, sekurang-kurangnya 14 hari sebelum melakukan perjalanan. Mereka mesti tinggal di negara dan wilayah yang layak sekurang-kurangnya 21 hari berturut-turut.

Ujian RT-PCR perlu diambil sebaik tiba di Thailand dan keputusan di hotel terpilih dalam tempoh sehari semalam atau sehingga keputusan negatif diperoleh.

Namun, pelancong yang tidak divaksin dan tiba dari negara yang tidak termasuk dalam senarai perlu menjalani kuarantin 10 hari di hotel Kuarantin Alternatif (AQ) dengan keputusan ujian RT-PCR negatif dalam tempoh 72 jam sebelum melakukan perjalanan.

Mereka perlu menjalani dua ujian RT-PCR semasa ketibaan dan pada hari kelapan atau kesembilan.

Mulai 1 November, semua pelancong yang memasuki Thailand wajib membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum AS$50,000 dan mempunyai keputusan ujian RT-PCR COVID-19 negatif dalam masa 72 jam sebelum melakukan perjalanan.

Sementara itu, Thailand akan membuka semula Bangkok dan destinasi pelancongan utama lain termasuk Hua Hin, Pattaya, Krabi, Koh Chang dan beberapa daerah di Chiang Mai di bawah program ‘sandbox’, mulai 1 November.

Perintah berkurung waktu malam di kawasan ini akan ditarik balik bermula bulan depan, namun minuman beralkohol masih dilarang.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button