PUTRAJAYA : Malaysia pada Khamis (3 Jun) mencatat kes sembuh tertingggi dalam sehari iaitu7,049 kes. Angka itu menjadikan jumlah kumulatif sembuh seramai 508,947 atau 85.5 peratus.
Namun jumlah kes baharu harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 8,209 jangkitan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu berbanding pada Selasa (1 Jun) – 7,703 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka pesakit yang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) pula telah meningkat kepada 880 orang dengan 446 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.
Tan Sri Dr Noor Hisham dalam catatan terbaharu di Twitternya berkata, jumlah pertambahan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 595,374 kes.
Selangor, terus menjadi negeri tertinggi jumlah kes baharu iaitu sebanyak 3,125, diikuti Kuala Lumpur (801), Johor (752), Sarawak (594), dan Negeri Sembilan (576).
Beliau berkata, 8,145 kes adalah penularan tempatan iaitu 7,046 warganegara (86.5%) dan 1,099 bukan warganegara (13.5%), selain 64 kes import 56 warganegara, lapan bukan warganegara.
Sementara itu, berdasarkan kenyataan hariannya, jumlah kematian telah mencatatkan tiga angka untuk hari kedua berturut-turut, iaitu sebanyak 103 kematian baharu hari ini.
“Sebanyak 103 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 26 kes di Selangor, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Johor, masing-masing lapan (8) kes di Sarawak dan Kelantan, tujuh (7) kes di Sabah, masing-masing enam (6) kes di Negeri Sembilan dan Terengganu. Selain itu, masing-masing empat (4) kes di Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Pahang, serta satu (1) kes di Perak,”
Seperti hantaran di laman Facebook KKM, tiada siapa tahu angka di bawah adalah ibu atau ayah kepada sesiapa maka itu jagalah SOP untuk menjaga warga emas kita. Takziah diucapkan buat keluarga. Sehingga berita ini ditulis, begitulah angka-angka yang akan berlegar-legar di dalam komuniti masyarakat Malaysia. Apatah lagi ketika PKP dilaksanakan sepenuhnya bermula tiga hari lalu.
Mengharapkan angka menurun setiap hari adalah impian semua rakyat Malaysia!
#kitajagakita #staySafe #stayathome
Oleh : NurFaisal Hakim – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM