KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Malaysia antara negara terpantas di dunia yang memberikan suntikan vaksin kepada golongan remaja.
Katanya menerusi ciapan di laman Twitter, dalam tempoh dua bulan, sebanyak 80 peratus kanak-kanak berusia 12-17 tahun menerima dos pertama jenis Pfizer.
In less than two months, we have been able to give 80% of our 12-17 year olds at least their first dose of the Pfizer vaccine. One of the fastest adolescent COVID vaccination rollouts in the world. Thank you, @DrNoorAzmi @DrMahHS & everyone at CITF-A. #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/7cNu6gCius
— Khairy Jamaluddin ???????????? (@Khairykj) October 22, 2021
Dalam pada masa, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon yang menggalas tanggungjawab mengendalikan pemberian vaksin untuk kumpulan berkenaan.
Oleh Nurshazlin Shahrom