Krisis ekonomi di Lubnan memaksa pelbagai usaha dilakukan demi meneruskan kelangsungan hidup rakyat di negara itu.
Antaranya menceburi bidang perkhidmatan teksi motor yang dipelopori Raza Karazi, 39 tahun, khusus untuk wanita di negaranya.
Rana, hilang mata pencarian selepas syarikat keselamatan tempat dia bekerja menghentikan beliau kerana ekonomi yang mencengkam, sejak Disember tahun lalu dipengaruhi oleh terjunamnya ekonomi Lubnan.
Rana percaya dengan usaha ini ia dapat membantu warga Lubnan khususnya wanita bergerak ke sesuatu tempat dengan cepat, selamat apatah lagi khidmat lebih murah.
Inisiatif Rana ini adalah sebahagian ikhtiar hidup warga Lubnan yang ekonominya semakin parah, dan rakyat terpaksa menukar gaya hidup demi sebuah kehidupan.
Pada akhir tahun lalu, Bank Dunia menganggarkan hampir separuh rakyat Lubnan hidup di bawah paras kemiskinan.
Dan sejak awal bulan lalu, tragedi letupan pelabuhan di Beirut menokok kesengsaraan ekonomi yang dirasai penduduk Lubnan, apabila ramai hilang pekerjaaan dan tempat tinggal.
Bagi Rana, idea menawarkan khidmat motor teksi ini tercetus selepas seorang rakannya mahu dia menghantar dan mengambil anaknya dan sanggup membayar Rana.
Dari situ Rana terfikir mengapa tidak dia mengusahakan perkhidmatan seumpamanya, katanya.
“ Saya bawa anaknya ke sana dan ke sini dan dibayar. Apabila saya selesaikan tugas itu saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa tidak saya jadikan ia satu peluang perniagaan.”
Rana yang tinggal di Tareeq Al Jdeede, Beirut, memberitahu dia mahir menunggang motosikal sejak berusia 35 tahun.
Dalam beberapa bulan dengan pelanggan yang bertambah, Rana terpaksa mengajak Carine, anaknya untuk belajar menunggang motosikal.
“Bulan sudah, saya dan anak perempuan menghantar servis kami di sosial media, Instagram, Facebook, dan Grup Whatsapp, sambutannya amat menggalakkan dan kami tak menang tangan melayan pelanggan.”
Rana berkata kini dia dan Carine, adalah rakan niaga dan memerlukan seorang lagi pemandu untuk memenuhi khidmat mereka.
Dalam tempoh tiga bulan, kebanyakan khidmat mereka mendapat tempahan penuh, justeru mereka menawarkan jiran-jiran untuk menolong mereka.
Berbekalkan pengajian pelancongan dan pengembaraan, ibu tunggal ini berkata dua motosikalnya, memerlukan penyelenggaraan yang baik selain perbelanjaan harian.
Rana membayar 25,000 pound Lubnan (ASD17) bagi menukar minyak hitam motorsikalnya, setiap bulan.
Manakala bagi tuntutan perjalanan, sehari motosikalnya memerlukan 4,000 pound untuk diisi minyak.
Dua beranak ini mengenakan caj sejumlah 3,00 pound bagi satu perjalanan, menyamai harga standard khidmat teksi di Lubnan.
Dalam masa ekonomi Lubnan terus dihimpit, ditambah keretakan politik, kelebihan nilai dollar terus menekan kadar tukaran wang di negara ini, tambah parah lagi dengan kesan pandemik Covid-19.
Kehidupan katanya semakin mahal dan kurang selamat.
Ramai pelanggan wanita percaya dan rasa selamat dengan beliau.
Mereka disuruh menghantar anak perempuan mereka, isteri-isteri, sambil keselamatan dijaga dengan memakai pelitup muka dan sarung tangan yang diwajibkan kepada pelanggan bagi mengelakkan dijangkiti Covid-19.
Pelanggan juga tidak berminat dengan kereta teksi kerana bimbang berinteraski dengan pemandu.
Rana dan Carine berbangga apabila pelanggan percaya pada mereka.
Malah mereka percaya menjadi wanita pertama dalam dunia Arab, memberikan khidmat ini, moto teksi dari wanita untuk wanita.- Al Arabiya