IPOH : Semalam, telah berlangsungnya majlis berbuka puasa sempena Nuzul Quran di Kompleks Pendidikan Baitul Ridzuan, Ipoh, Perak.
Hadir di majlis tersebut adalah Presiden MAPIM Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi, diiringi timbalannya, Ustaz Zulkifly Ibrahim dan Setiausaha Agong MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol.
Ketika majlis berlangsung, Tuan Zulhanis mengambil kesempatan mengadakan sesi pengenalan MAPIM kepada beberapa NGO lain yang turut hadir sebagai perkongsian tentang gerak kerja dan segala kegiatan kemanusiaan MAPIM.
Menurut Tuan Zulhanis, tujuan utama pihak mereka mengadakan majlis berbuka puasa ini adalah bagi merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim bersama NGO lain yang sudah pasti memiliki matlamat dan visi yang sama dalam gerak kerja menyantuni ummah.
Dalam pada itu, pihak MAPIM juga kini sedang dalam proses pembinaan MAPIM Islamic Smart School (MAISS) sebagai inisiatif bagi melahirkan generasi al-Quran yang bertaqwa dan berwibawa untuk pembangunan dan kemajuan ummah.
MAISS akan memberi pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan aqidah Islamiah dan membentuk akhlah Qarimah dalam kalangan pelajar di samping menguasai ilmu Islam dan ilmu semasa serta melahirkan pelajar yang menguasai Bahasa Arab dan juga Bahasa Inggeris.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038