Covid19KesihatanSemasa

MAIWP-MAPIM Mobile Clinic bantu golongan asnaf

Oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

BANGI : Akibat daripada wabak COVID-19 yang melanda Malaysia pada dua tahun lalu, ramai yang terjejas mata pencarian mereka terutamanya golongan asnaf.

Ada antara mereka yang tidak berkemampuan untuk pergi ke klinik atau hospital terdekat disebabkan faktor kewangan dan jarak yang jauh.

Justeru itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), telah menyediakan sebuah klinik bergerak yang menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada orang ramai.

Menurut Setiausaha Agung MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA), Tuan Zulhanis Zainol, Mobile Clinic dapat membantu golongan asnaf yang tidak berkemampuan untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

“Saya berharap program ini dapat membantu masyarakat setempat terutamanya golongan asnaf yang terjejas akibat wabak COVID-19,” ujar beliau.

Menurut Pegawai tugas-tugas khas, Muhammad Fazli Othman, kerjasama dengan pihak pengurusan masjid dan masyarakat setempat berjalan lancar.

“Alhamdulillah para jemaah dan masyarakat sekitar sudi hadir untuk memeriahkan program ini.

“Di samping memberikan perkhidmatan kesihatan percuma, kami juga memberikan konsultasi dengan doktor-doktor pakar dan kami juga membekalkan ubat-ubatan secara percuma,” ujar beliau.

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan mereka berpendapat bahawa program ini perlu diteruskan pada masa akan datang.

Sesungguhnya program ini memberi manfaat yang besar golongan asnaf terutamanya keluarga yang terkesan akibat COVID-19 dan kepada mereka yang masih berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button