DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

MAIPs arah masjid negeri alunkan Qunut Nazilah

Raja Muda Perlis selar kekejaman Zionis terhadap Palestin

KANGAR : Semua masjid di negeri Perlis dititah untuk mengimarahkan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selamat tujuh hari berturut-turut bermula ketika solat Jumaat semalam.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), dalam kenyataan mengarahkan semua umat Islam di sekitar Perlis bersama-sama bangkit menentang kekejaman Zionis yang menceroboh serta menghalau rakyat Palestin dari kediaman mereka sendiri.

Sementara itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, arahan tersebut mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa kekejaman dan serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin beribadah di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei lalu.


“Semua masjid di Perlis diminta agar meneruskan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama tujuh hari bermula daripada solat Jumaat hari ini sehingga solat Jumaat pada 21 Mei,” – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs, turut meluahkan rasa amarahnya terhadap keganasan tentera Zionis yang mencemar malam-malam terakhir bulan Ramadan di Masjid Al-Aqsa ketika semua umat Islam di sana sedang menjalankan ibadah tarawih dan beriktikaf dengan aman. Baginda menganggap tindakan itu tidak berperikemanusiaan.

Justeru, Raja Muda Perlis juga menyeru kepada seluruh rakyat Perlis tercinta agar turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat saudara di Palestin. – BERNAMA

Oleh Pelatih fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

***

Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

Menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button