Semasa

Mahkamah Rayuan Singapura mengesahkan pembebasan rakyat Malaysia

SINGAPURA : Mahkamah Rayuan Singapura mengesahkan pembebasan seorang pemandu bas Malaysia yang dituduh menjual heroin kepada seorang wanita di luar pasar raya pada tahun 2014, menurut CNA.

Pihak pendakwaan telah mengajukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi membebaskan Mangalagiri Dhruva Kumar daripada tuduhan mengedar sekurang-kurangnya 22,73 gram diamorphine atau heroin pada Mei 2021.

Namun, rayuan itu ditolak oleh panel tiga hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Sundaresh Menon, Hakim Judith Prakash, dan Chao Hick Tin.

Mangalagiri menyatakan melalui peguamnya bahawa dia ‘sangat berterima kasih kepada Tuhan dan sistem di Singapura’.

Mangalagiri disyaki menyerahkan beg berisi heroin kepada wanita pada 16 Mei 2014, berhampiran Pasaraya Sheng Siong di Woodlands Center Road.

Wanita itu kemudian menyerahkan dadah tersebut kepada seorang lelaki, yang akhirnya ditangkap oleh pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) pada hari kejadian.

Mereka dibicarakan dan wanita itu dihukum penjara seumur hidup kerana mengedar dadah sekurang-kurangnya 22.73 gram heroin, sementara lelaki itu didapati bersalah pada 2016 kerana memiliki heroin atas tujuan pemerdagangan manusia.

Setelah rayuannya ditolak pada tahun 2018, dia dihukum mati.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button