DuniaSemasa

Mahasiswa Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir

PUTRAJAYA : Seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar warganegara Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu.

“Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes tersebut menerusi kedutaannya,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya juga akan menghulurkan bantuan konsulat yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan.

Setakat ini, punca dan sebab individu tersebut ditahan masih belum diketahui.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button