DuniaSemasa

Maghribi diberi penghormatan anjur Piala Dunia 2030

RABAT: Maghribi dipilih sebagai salah satu negara yang menjadi tuan rumah untuk kejohanan Piala Dunia 2030.

Perkara ini dalam masa yang sama menaikkan semangat negara Afrika Utara itu yang dilanda gempa bumi sehingga mengorbankan hampir 3,000 orang pada September lalu.

Menurut Presiden Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), Gianni Infantino, pengumuman itu mengakhiri saingan dua bidaan besar, satu diketuai Sepanyol dan Portugal manakala satu lagi melibatkan Argentina, Uruguay, Chile dan Paraguay.

“Dalam dunia yang terpisah, FIFA dan bola sepak bersatu”

“Bola sepak menyatukan dua benua, Afrika dan Eropah bersatu bukan sahaja dalam meraikan bola sepak tetapi juga dalam perpaduan sosial dan budaya yang unik,” menurutnya.

Memetik laporan Reuters, Bank Dunia memaklumkan bahawa ia turut mampu meningkatkan ekonomi Maghribi, yang berdepan tekanan akibat kemarau teruk dan kadar inflasi tinggi.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda wilayah Al Haouz di selatan Marrakesh pada 8 September lalu, mengorbankan hampir 3,000 orang dan mencederakan ribuan lagi.Gempa bumi itu juga memusnahkan infrastruktur dan lebih 50,000 rumah di Pergunungan Tinggi Atlas.

Mapim Malaysia antara yang terawal tiba menghulurkan bantuan awal kepada lebih dari 200 buah keluarga di sekitar wilayah AlHaouz yang teruk terjejas akibat gempa

Related Articles

Back to top button