MAEPS akan dibuka semula dengan kapasiti yang lebih rendah
PUTRAJAYA : Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang akan dibuka semula tidak lama lagi, walaupun dengan kapasiti yang lebih rendah selepas ditutup secara rasmi pada 8 Februari.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, menyatakan PKRC MAEPS berkemungkinan hanya mampu mengendalikan kira-kira 850 pesakit Covid-19 pada satu masa, berbanding sebelum ini yang boleh mencecah 5,000 pesakit.
“Di PKRC MAEPS, kerajaan berhasrat untuk merombak strategi; tapak telah berubah daripada blok asal yang kami gunakan sebelum ini.”
“Ringkasnya, PKRC kekal di MAEPS, tetapi saiz kawasan, struktur, peranan, dan pasukan petugas semuanya telah berubah. Populasi pesakit lebih kecil dan lebih mudah dikendalikan, dengan kira-kira 850 orang.
“Kami menjangkakan PKRC ini boleh didapati dalam masa terdekat,” tambah beliau,.
166,072 pesakit Covid-19 telah dirawat di PKRC MAEPS 2.0 sepanjang operasi 14 bulan dan meringankan beban hospital di Semenanjung.
Oleh kerana saiz kemudahan yang akan digunakan tidak sebesar MAEPS 2.0, Aminuddin menyatakan PKRC akan digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 di peringkat negeri.
Sementara itu, Aminuudin menyatakan NADMA masih bersedia membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani peningkatan kes di 43 PKRC setiap negeri.
Sebelum ini, tular di Facebook selepas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyiarkan status berhubung kakitangannya membina semula kemudahan di Pusat Kuarantin di Dewan A.
Malaysia melaporkan 31,199 kes baharu Covi-19 semalam, jumlah terbesar pernah direkodkan di negara ini sejak wabak itu bermula.
-AGENSI