NAYPYIDAW : Lombong jed di Myanmar utara runtuh pada Rabu (22/12/2021) pagi waktu setempat. Puluhan orang dikhuatirkan hilang akibat runtuhan di lombong jade daerah Hpakant, negeri Kachin tersebut.
Memetik Reuters, runtuhan itu terjadi sekitar pukul 04.00 waktu setempat. Dikhuatiri sekitar 80 orang telah terkorban akibat runtuhan tersebut.
“Pihak berwajib tiba di lokasi sekitar pukul 7 pagi dan sedang melakukan pencarian,” kata Dashi Naw Lawn, seorang tokoh masyarakat Myanmar.
Portal berita Mizzima dan media Khit Thit juga melaporkan puluhan orang hilang akibat tanah runtuh di sana. Hpakant merupakan pusat industri batu jed Myanmar. Tanah runtuh dan kecelakaan lainnya biasa terjadi di lombong itu kerana ia tidak dikelola dengan baik.
Walaupun berisiko tinggi, lombong batu jed di sana menjadi magnet bagi banyak warga miskin dari seluruh penjuru Myanmar. Batu-batu jed dari lombong itu sebahagian besarnya dieksport ke China.
Pada Julai 2020, lebih dari 170 orang tewas akibat runtuhan yang terjadi di lombong batu jed di Hpakant. Bencana tersebut merupakan salah satu runtuhan yang terburuk dalam sejarah Myanmar.
Myanmar merupakan pengeluar 90 peratus batu jed di dunia. Sebahagian besar je Myanmar berasal dari Hpakant. Banyak kumpulan hak asasi manusia mengatakan perusahaan lombong itu memiliki hubungan dengan elite militer dan kelompok etnik bersenjata dan menghasilkan jutaan dollar AS setahun. Hasil yang digunakan untuk tujuan ketenteraan.
– Kompas