DuniaPalestinSemasa

Lindungi Palestin dari keganasan Israel – Kesatuan Eropah

Kesatuan Eropah menyeru perlindungan terhadap warga Palestin sehubungan dengan serangan Israel di Baitulmaqdis dan Tebing Barat untuk mencegah keganasan penduduk haram.

Delegasi Kesatuan Eropah menerusi satu ciapan di Twitter memberitahu bahawa pendatang Israel telah membuat onar di Tebing Barat.

“Semalam, pendatang Israel telah mencederakan beberapa warga Palestin, membakar kereta dan merosakkan bangunan awam di beberapa bahagian di Tebing Barat,” katanya.

Tambahnya lagi, peningkatan keganasan pendatang akan membawa lebih ketegangan.

Delegasi berkata bahawa warga Palestin perlu dilindungi dan Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa.

“Ini sangat penting sekarang untuk mengelakkan keganasan menjelang Ramadan, Pesach dan Hari Easter padal bulan April,” katanya.

Zionis Israel turut melakukan jenayah vandalisme di kenderaan dengan memancitkan tayar dan menconteng kata-kata yang bersifat perkauman anti-Palestin dan anti-Arab pada dinding rumah berdekatan di Turmus Aya.

Pegawai yang memantau keganasan Israel, Ghassan Daglas berkata bahawa pendatang dari pos petempatan Adei Ad merupakan suspek belakang serangan yang berlaku baru-baru ini.

Sementara itu, kumpulan pendatang yang lain dipimpin oleh tentera Israel menutup pusat pemeriksaan berdekatan Kampung Shufa pada bahagian timur selatan Tulkarem dan menghalang dari kenderaan Palestin untuk masuk ke kawasan tersebut.

Oleh wartawan pelatih – Izzul Nazaruddin 

-AGENSI


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button