DuniaKemanusiaanPalestin

Lima peluru tentera Israel dalam perut Ali!

Jenayah perang Zionis

RAMALLAH : Apalah dosanya sehingga dia ditembak?

Seorang kanak-kanak Palestin, Ali Ayman Nasr Abou Aliya, 13 tahun ditembak tentera rejim Zionis ketika mengikuti tunjuk perasaan  pembinaan penempatan haram Israel di Ramallah semalam.

Ali ditembak di perut oleh Barisan Pertahanan Israel menggunakan peluru hidup.

Memetik laporan Aljazeera, Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Ali  cedera parah akibat ditembak dengan lima peluru hidup pada perutnya di utara Ramallah.

“Mangsa yang dalam keadaan kritikal dibawa ke sebuah hospital di Ramallah untuk dirawat namun dia kemudian meninggal dunia,”

Penduduk Palestin bangkit membantah dalam satu tunjuk perasaan terhadap  tindakan Yahudi yang kini memperluaskan pembinaan penempatan haram di Tebing Barat.

Bantahan diadakan di perkampungan Al-Mughayir.

Salah seorang pemimpin di kampung itu, Marzouq Abu Naeem berkata, Ali Ayman menyertai demonstrasi membantah penempatan haram Yahudi  itu setiap minggu.

Kementerian Luar Palestin pula menyifatkan insiden kejam itu sebagai jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.

Walau bagaimanapun, jurucakap tentera rejim cuba menegakkan benang basah dengan mendakwa pihaknya tidak menggunakan peluru hidup seperti yang didakwa.

Sebaliknya tentera rejim Israel mempertahankan diri dengan berkata mereka menggunakan ‘kaedah penyuraian rusuhan’ terhadap peserta demonstrasi yang rata-rata hanya melontar batu ke arah mereka.

Perkampungan al-Mughayyir terletak berhampiran beberapa penempatan haram Yahudi dan sering menyaksikan pertembungan antara rakyat Palestin dan pendatang haram Yahudi sebelum ini.

Kampung itu juga berdekatan dengan Ras al-Teen, di mana rejim Zionis Israel berhasrat untuk merobohkan sebuah sekolah yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah di situ awal bulan lalu.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button