Lima anggota Daesh terbunuh dalam serangan udara
IRAQ : Lima anggota kumpulan Daesh terbunuh dalam serangan udara di wilayah Kirkuk, utara Iraq semalam, menurut tentera Iraq.
Selepas pasukan dari Perkhidmatan Counter-Terrorism mengesan mereka di daerah al-Dibis Kirkuk, pasukan keselamatan Iraq melancarkan serangan udara ke atas dua tempat persembunyian Daesh, kata jurucakap ketua komander tentera Iraq dalam satu kenyataan.
Lima anggota Daesh terbunuh dalam serangan udara awal pagi, termasuk dua komander kumpulan itu, dan tempat persembunyian mereka musnah.
Pasukan keselamatan Iraq telah memulakan serangan ke atas pengganas Daesh sebagai reaksi terhadap aktiviti kumpulan yang semakin meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Selepas tentera Iraq memusnahkan ISIS pada 2017, keadaan keselamatan di negara itu bertambah baik.
-AGENSI