DuniaSemasa

Turkiye tidak akan tunduk kepada pengganas – Recep Tayyip Erdogan

Bom misteri gegar Istanbul, 6 maut & 53 cedera

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 6 dilaporkan terkorban manakala 53 yang lain cedera dalam kejadian letupan di sekitar ‘Grand Avenue of Pera’ antara tempat tarikan pengunjung di Turkiye pada Ahad.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya memaklumkan insiden menggemparkan itu berlaku di Istiklal Street di kawasan Dataran Taksim pada jam 4:20 petang (waktu tempatan).

Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan mereka masih menyiasat punca letupan itu yang turut dirakamkan beberapa saksi dan menjadi tular di media sosial.

“Orang ramai lari bertempiaran kerana panik. Asap tebal memenuhi ruang udara sejurus letupan kuat itu berlaku,” Cemal Denizci antara saksi yang berada kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan turut mengecam serangan itu dan menegaskan pelaku bertanggungjawab akan dihukum.

“Tanda awal menunjukkan ia mungkin satu bentuk serangan ganas,” katanya sebelum berlepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak G-20 di Indonesia.

Difahamkan, Istiklal Street yang menjadi tumpuan pengunjung termasuk pelancong untuk membeli-belah pernah menjadi sasaran pengebom berani mati pada 2016.

 

Berita sebelum ini > Lawatan negara Agong ke Turkiye disifatkan yang terbaik
Seri Paduka Baginda berjaya mengeratkan hubungan kedua-dua negara

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button