Semasa
Lembah Klang beralih ke Fasa 2
KUALA LUMPUR: Lembah Klang akan beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Jumaat ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu, berkata keputusan peralihan membabitkan kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, hari ini.
Katanya, antara kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri yang memasuki fasa dua sebelum ini, seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Berita Harian