RAMALLAH: Seorang lelaki Palestin meninggal dunia akibat ditembak di luar sebuah kedai roti dalam serbuan Israel di wilayah yang diduduki secara haram di Tebing Barat semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Salah Sawafta, 58, sedang dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Subuh di Tubas, Tebing Barat sebelum ditembak di bahagian kepala oleh tentera Israel.
Sementara itu, pihak tentera Zionis menafikannya, dan menuduh pejuang Palestin tertembak mangsa ketika pertempuran yang berlaku sewaktu serbuan.
Media coverage: " Sad farewell to slain 60-year-old Salah Sawafta who was shot dead by Israeli live bullets in the occupied city of Tubas at dawn today."
Photos by: Ayman Nobani pic.twitter.com/5MdWbSUtSg
— Quds News Network (@QudsNen) August 19, 2022
Walau bagaimanapun, saksi kejadian yang merupakan warga Palestin memaklumkan tiada pejuang Palestin di kawasan berdekatan ketika kejadian, malah tiada pertempuran berlaku.
Dalam pada itu, abang mangsa, Jehad memberitahu bahawa adiknya itu sempat singgah membeli roti di kedai runcit sebelum ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Berlaku pergaduhan dengan sekumpulan orang muda di kawasan itu sebelum Salah ditembak oleh penembak tepat di kepala,” katanya.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa berada dalam keadaan kritikal ketika dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, malangnya tidak sempat diselamatkan.
Sementara itu, kamera pengawasan dari luar kedai menunjukkan Salah jatuh ke tanah, namun tidak dapat dipastikan sama ada penembaknya adalah tentera Israel ataupun pejuang Palestin.
فيديو يظهر لحظة إصابة الشهيد صلاح صوافطة برصاصة غادرة من جنود الاحتلال في طوباس فجر الجمعة pic.twitter.com/MoeRiGCCkF
— بدون رقابة (@bedounraqabah) August 20, 2022
Pemilik kedai, Zakreya Abu Dollah, berkata beliau terkejut melihat askar Israel dan seorang penembak tepat berada di jalan raya di luar premisnya sebelum tembakan berlaku.
Menurutnya, tidak ada warga Palestin bersenjata berada di kawasan terdekat.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang sedang derita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia