Semasa

Lelaki Palestin dituduh bunuh bangsa Yahudi

BAITULMAQDIS: Seorang lelaki Palestin kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS) disabit tuduhan membunuh oleh Mahkamah Tentera Israel kerana menembak mati seorang pelajar Yahudi di Tebing Barat.

Menurut pihak tenterta, Montassser Shalabi didapati tertuduh oleh mahkamah selepas pengakuan jenayah pembunuhan disengajakan, yang menyamai kesalahan membunuh.

Shalabi, 44 melepaskan tembakan ke arah penumpang yang menunggu di perhentian bas di persimpangan Tapuah, selatan Nablus di Utara Tebing Barat telah ditangkap oleh pasukan tentera Israel pada Mei lalu.

Dia dihukum atas beberapa tuduhan melakukan pembunuhan dengan sengaja, memiliki senjata dan menghalang proses keadilan.

Yehuda Guetta, 19, seorang pelajar di sebuah sekolah agama di perkampungan Itamar telah terkoban akibat serangan itu manakala dua rakannya cedera.

Bulan lalu, tentera Israel merobohkan rumah Shalabi di Turmus Ayya, di timur laut Ramallah, Tebing Barat.

AS mengecam tindakan kejam itu  dengan mengatakan pembongkaran seperti itu memburukkan ketegangan dan melemahkan usaha untuk penyelesaian kedua-dua negara.

Israel percaya bahawa merobohkan rumah mereka yang dikatakan penyerang dapat menghalang serangan seperti itu di masa depan tetapi pengkritik mengecamnya sebagai hukuman kolektif yang tidak dibenarkan.

Shalabi akan dijatuhkan hukuman pada tarikh akan ditetapkan kelak. – AFP

Related Articles

Back to top button