DuniaSemasa

Lelaki dipenjara 15 bulan pandu kereta atas landasan kereta api

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

BIRMINGHAM : Seorang lelaki dipenjara 15 bulan akibat memandu sebuah kenderaan di atas landasan kereta api sehingga menyebabkan jadual perjalanan pengangkutan awam itu terjejas baru-baru ini.

Sebelum ini, Araron O’Halloran, 31, memandu kenderaannya kira-kira jam 7.30 pagi menuju ke sebuah stesen kereta api di Birmingham.

Berdasarkan televisyen litar tertutup (CCTV), Aaron didapati memandu kenderaan jenis Mitsubishi Shogun di atas landasan kereta api hampir satu kilometer sebelum meninggalkannya.

Bagaimanapun, para pegawai menemui sebuah telefon bimbit di dalam kenderaan menyebabkan dia dikenal pasti pihak berkuasa.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan tidak boleh memandu selama 15 tahun.

Namun, Aaron berkeras tindakannya itu tidak membahayakan orang ramai yang menaiki kereta api, memandu secara  haram dan memandu kenderaan tanpa insurans.

Perbuatannya itu telah menyebabkan jadual perjalanan pengangkutan awam ditangguhkan selama lapan jam dan kerugian sebanyak £23,000 (RM131,224). – AGENSI

Berita asal Sinar Harian

oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button