DuniaSemasa

Lelaki bakar masjid dihukum 9 tahun penjara

BANDAR SERI BEGAWAN : Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan enam sebatan selepas mengaku bersalah membakar Masjid Kampung Mentiri dan mencuri duit ibunya.

Menurut portal berita Borneo Bulletin, hukuman tersebut diputuskan oleh Hakim Hazarena Hurairah terhadap Mohd Erwan Manggis, 38.

Sementara itu, pihak mahkamah memerintahkan hukuman penjara defendan berjalan bermula tarikh tahanan reman iaitu pada 31 Julai lalu.

Terdahulu, pada 4 April 2017, Erwan dan seorang lagi rakan rakannya menuju ke Masjid RPN Kampung Mentiri pada jam 2 pagi dengan niat menceroboh dan mencuri duit tabung masjid sebelum membakar masjid tersebut. – AGENSI

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button