ISKANDAR PUTERI : Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland) memaklumkan penutupan sementara taman airnya ekoran kakitangannya disahkan positif Covid-19 semasa pemeriksaan rutin dijalankan
Legoland dalam satu kenyataan memberitahu taman airnya telah ditutup sejak 12 Januari lalu sehingga 21 Januari ini sebagai langkah berjaga-jaga.
“Keputusan proaktif ini diambil untuk memastikan kesihatan dan keselamatan tetamu dan kakitangan selain mengekalkan tahap perkhidmatan hospitaliti dan pengalaman tetamu yang tertinggi.
“Walau bagaimanapun, Taman Tema Legoland, Sea Life dan Hotel Legoland akan kekal dibuka dengan semua langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” menurut kenyataan itu.