Semasa

Lebuhraya dijangka mengalami kesesakan luar biasa menjelang Aidilfitri

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bercuti panjang di kampung halaman

KUALA LUMPUR : Ekoran ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk Hari Raya sejak dua tahun kebelakangan ini, lalu lintas di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka meningkat sehingga 25% kepada dua juta kenderaan setiap hari antara 29 April dan 9 Mei berbanding 1.6 juta kenderaan sehari.

Sementara itu, (PLUS) menggesa perantau di desa merancang lebih awal sebelum bertolak ke kampung halaman bagi mengelak kesesakan lalu lintas terutama pada penghujung Ramadan.

Dalam satu kenyataan akhbar, pengarah urusan Datuk Azman Ismail berkata PLUS akan mengeluarkan Nasihat Masa Perjalanannya tidak lama lagi untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan balik kampung semasa musim perayaan.

“Trafik dijangka meningkat sehingga 25% kepada dua juta kenderaan setiap hari antara 29 April dan 9 Mei. Kami menasihatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan balik kampung mereka lebih awal.

“Pasukan operasi lebuh raya kami bersedia menerima dan menguruskan lonjakan lalu lintas serta membantu orang ramai semasa balik kampung yang dinanti-nantikan untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Pelan operasi lebuh raya holistik merangkumi pelbagai aspek, termasuk penggunaan teknologi untuk menyediakan perjalanan yang lebih selamat dan selesa untuk pelanggan lebuh raya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, penjualan tiket untuk penerbangan domestik meningkat dengan mendadak, dengan 577,000 daripada 720,000 tempat duduk yang terjual dalam masa yang singkat. Rata-rata pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman lebih memilih untuk menaiki kapal terbang kerana ingin lari dari kesesakkan lalu lintas.

Tempahan hotel juga diunjurkan meningkat sehingga 15% kerana rakyat Malaysia mengambil kesempatan daripada cuti lanjutan dengan cuti umum pada 2, 3 dan 4 Mei, iaitu dari Isnin hingga Rabu. Orang ramai yang pulang ke kampung halaman tidak melepaskan peluang kerana pada tahun ini kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri bersambung selepas cuti Hari Pekerja tahun ini.

Related Articles

Back to top button