Semasa

Lebih separuh jemaah Haji negara berada di Tanah Suci

MEKAH: Operasi haji musim 1444 Hijrah berjalan lancar dengan 16,863 atau 53% jemaah haji negara telah tiba di Tanah Suci sejak 21 Mei lepas hingga hari ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata 11,294 jemaah kini berada di kesemua 12 hotel penginapan di Makkah manakala 5,569 di tiga hotel di Madinah.

Beliau berkata sebanyak 57 penerbangan atau 58% daripada keseluruhan 98 penerbangan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci.

Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan Haji Malaysia

“Kesemua 50 penerbangan dari KLIA ke Madinah telah selesai dengan penerbangan terakhir tiba di Madinah pada awal pagi 4 Jun“, katanya kepada BERNAMA berkongsi perkembangan operasi haji.

Menurutnya penerbangan feeder flight dari tiga stesen iaitu Alor Setar, Kedah; Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu yang membawa jemaah haji ke KLIA juga telah selesai beroperasi.

Sementara itu, Syed Saleh memaklumkan 31 jemaah haji berada di wad pusat rawatan Tabung Haji (TH) dan lima lagi di hospital Arab Saudi disebabkan jangkitan paru-paru, sakit kulit, otot dan sendi, namun kesemua mereka berada dalam keadaan stabil.

Satu daripada 12 hotel penginapan jemaah Haji Malaysia di Makkah

Beliau berkata bagi pesakit yang berada di fasiliti Arab Saudi, pasukan perubatan negara akan melawat mereka bagi mengetahui situasi semasa, selain berkongsi maklumat atau sejarah kesihatan pesakit sekiranya diperlukan doktor tempatan.

Syed Saleh turut mengingatkan jemaah haji untuk menjaga kesihatan serta mengelak terdedah cuaca panas yang kini mencecah 42 hingga 46 darjah Celcius, selain memakai pelitup muka bagi mencegah jangkitan sistem pernafasan ekoran pertambahan jumlah jemaah haji dari seluruh dunia.

“Jemaah haji disaran mendapatkan rawatan segera di klinik-klinik yang disediakan TH jika tidak sihat jangan bimbang jika pergi ke klinik dan ditahan di wad, jemaah haji akan tetap dibawa untuk berwukuf“, katanya.


Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button