Lebih sejuta kanak-kanak daftar PICKids
PUTRAJAYA : Lebih sejuta kanak-kanak berumur lima hingga sebelas tahun telah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan Kanak-kanak (PICKids) di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, memaklumkan keadaan itu kepada orang ramai menerusi catatan Facebook hari ini.
Menurutnya, kanak-kanak daripada kaum Cina paling tinggi menerima vaksin itu, dengan 46.4 peratus menerimanya.
“Saya menyeru ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak secepat mungkin bagi melindungi mereka daripada virus ini.
“Jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini,” katanya.
Beliau menyatakan bahawa didapati sesetengah ibu bapa lebih suka mengambil sikap tunggu dan lihat.
Menurut Khairy Jamaluddin, sejak awal Februari, terdapat peningkatan sebanyak 160 peratus kes Covid-19 yang melibatkan golongan kanak-kanak.
-AGENSI