Covid19KesihatanSemasa

Lebih satu juta kanak-kanak divaksin COVID-19

KUALA LUMPUR : Seramai 1,323,892 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun iaitu 37.3% daripada populasi di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 di bawah Program Kanak-Kanak Kebangsaan (PICKids), semalam.

Menurut laman web rasmi COVIDNOW, seramai 2,851,056 atau 91.6% remaja yang berumur 12 hingga 17 tahun telah divaksin sepenuhnya, manakala 2,947,622 yang bersamaan 94.7% telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 15,758,429 individu atau 67% daripada populasi dewasa telah menerima dos penggalak COVID-19 dan 22,952,209 bersamaan 97.6% individu telah lengkap vaksinasi manakala 23,228,125 individu iaitu 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tambahan pula, sebanyak 51,867 dos vaksin telah diberikan semalam, dengan 4,949 sebagai dos pertama, 1,438 sebagai dos kedua dan 45,480 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang dikeluarkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 68,249.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan,33 kematian direkodkan semalam akibat COVID-19, dengan Johor dan Kedah mencatatkan jumlah kes yang tertinggi iaitu enam kes, diikuti Kuala Lumpur dan Perak masing-masing empat kes manakala Sarawak dan Pahang tiga kes mengikut negeri.

Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan dua kes, Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan satu kes.

-AGENSI

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof UiTM SA

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button