Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof
JAKARTA : Lebih 85 juta penduduk Indonesia dijangka bakal pulang ke kampung halaman masing-masing pada Aidilfitri akan datang.
Mengikut kajian kerajaan menunjukkan kebanyakan yang terlibat menetap di bandar raya Jakarta serta beberapa bandar utama yang lain melaksanakan pergerakan secara besar-besaran yang dikenali sebagai mudik atau bahasa mudahnya, pulang ke halaman kampung.
Walau bagaimanapun, beberapa langkah tambahan akan dikenakan bagi mengekang lonjakan kes COVID-19 di negara itu berikutan jumlah penduduk yang mudik telah meningkat kerana kelonggaran beberapa protokol COVID-19 sebelum ini.
“Ini adalah mudik pertama selepas dua tahun, mereka dilarang untuk pulang.
“Pihak kami akan membuat persediaan yang mencukupi menjelang waktu itu,” kata Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy.
Sejak dua tahun lalu, rakyat Indonesia tidak dibenarkan pulang ke negara sendiri akibat pandemik COVID-19 yang melanda.
Selain itu, jumlah purata kes harian COVID-19 pada minggu pertama Ramadan telah mencatat rekod penurunan di bawah 3,000 kes berbanding pada pertengahan Februari lalu, ketika gelombang Omicron memuncak, iaitu sekitar 55,000 kes.
Menurut operator lebuh raya bertol Indonesia, Hutama Karya, pihak mereka akan memperketatkan protokol kesihatan bagi mencegah penularan COVID-19 seperti kerap menyahkuman kawasan tol, kawasan rehat dan pos kawalan.
“Setiap langkah pencegahan perlu diterapkan kerana jumlah penduduk yang mudik pad a tahun ini lebih ramai berbanding tahun sebelumnya dan kami tidak mahu penularan COVID-19 berlaku,” ujar beliau.
Rakyat Indonesia dijangka pulang menggunakan pengangkutan udara, darat dan laut bermula minggu keempat bulan ini.
-AGENSI