DuniaKesihatanSemasa

Lebih 80 kanak-kanak dijangkiti ‘demam tomato’ di India

Buat masa sekarang masih tiada ujian atau rawatan khusus menangani virus tersebut

NEW DELHI : Penemuan virus baharu yang digelar sebagai “demam tomato” kini menjadi kerisauan buat para doktor di India selepas puluhan kanak-kanak di negara itu dijangkiti penyakit tersebut.

Menurut laporan India Today, demam tomato ini telah menjangkiti seramai 82 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun manakala 26 mangsa lain berusia sehingga 10 tahun berisiko dijangkiti setakat ini.

Jangkitan pertama kali dikesan di selatan Kerala pada Mei lalu serta dikhuatiri ia adalah varian baharu bagi penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Kanak-kanak yang disahkan menghidap penyakit tersebut pada mulanya negatif bagi demam denggi, chikungunya, virus zika, virus varicella-zoster dan herpes. Difahamkan, kebanyakan pesakit juga mengalami demam panas dan sakit sendi yang teruk, keletihan serta cirit-birit.

“Dijangkiti virus adalah perkara biasa bagi kumpulan umur tersebut, penyebaran menerusi hubungan rapat menjadi punca kanak-kanak lebih berisiko terdedah kepada demam tomato.”

“Selain itu, perkara seperti penggunaan lampin, menyentuh permukaan yang kotor serta memasukkan apa-apa benda terus ke dalam mulut juga menyebabkan mereka mudah terdedah kepada jangkitan ini,” menurut pakar perubatan menerusi jurnal perubatan The Lancet.

Untuk rekod, jangkitan itu diberi nama sedemikian susulan berpunca dari demam menyebabkan lepuh merah di seluruh badan pesakit dan kemudian menggelembung sehingga menjadi sebesar saiz tomato.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button