Semasa

Anggota bomba meninggal dunia ketika cuba selamatkan mangsa banjir

MELAKA : Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah yang didapati lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook.

Menurut kenyataan itu, Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh, 46, yang merupakan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.11 pagi tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa, PBK II (KUP) Mohd Diya Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada jam 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut.

Related Articles

Back to top button