Covid19KesihatanSemasa

Lebih 77,000 kanak-kanak lengkap vaksin COVID-19

Oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

KUALA LUMPUR : Seramai 77,384 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi COVID-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,358,791 kanak-kanak dalam kumpulan yang sama atau 38.3% daripada populasi mereka telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, seramai 2,857,568 individu atau 91.8% telah melengkapkan vaksinasi dan 2,958,121 atau 95% telah menerima dos pertama vaksin.

Sejumlah 15,908,442 bagi populasi dewasa atau 67.6% daripada populasi mereka telah menerima dos penggalak, manakala 22,956,433 bersamaan 97.6% melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,233,304 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Jumlah dos vaksin yang dikeluarkan ialah  sebanyak 34,904, dan sejumlah 6,355 sebagai dos pertama, 20,260 sebagai dos kedua dan 8,289 sebagai dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang ditadbir di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 69,138.

Menurut portal GitHub Kemeneterian Kesihatan, sebanyak 31 keas kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Malaysia, semalam.

Putrajaya mencatatkan kes kematian yang tinggi iaitu  enam, diikuti Johor, Kedah dan Sarawak yang masing-masing empat kes kemudian Pahang dan Perak dengan tiga kes setiap satu.

Negeri Melaka dan Selangor masing-masing mencatatkan dua kes manakala Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Terengganu masing-masing satu kes.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button