Semasa

Lebih 70 biji rumah rosak akibat ribut di Dungun dan Kemaman

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

KEMAMAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Dungun mengeluarkan kenyataan hampir 80 biji rumah di kawasan Dungun dan Kemaman terjejas akibat ribut pada petang semalam.

Dalam kejadian yang dianggarkan berlaku pada jam 4 petang itu menjejaskan 50 rumah di lima kawasan perumahan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dan dua rumah di Besol, Bandar Bukit Besi di Dungun.

Gambar sekadar hiasan

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menghantar bantuan sepeti atap ke rumah yang terjejas bagi proses proses penggantian.

Pihak mereka juga akan menyerahkan senarai penuh rumah yang terlibat kepada Jawatankuasa Bencana Daerah bagi tindakan lanjut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Air Putih) memaklumkan sebanyak 27 biji rumah membabitkan 135 penduduk di kawasan Cheneh dan Felda Neram di Kemaman telah dikenal pasti terjejas akibat kejadian ribut tersebut.

Ab Razak Ibrahim mengatakan jumlah atau nilai kerosakkan rumah tersebut dianggarkan bernilai RM70,000 dengan kebanyakkan rosak melibatkan bahagian bumbung.

Oleh itu, bantuan bagi membaik pulih rumah penduduk akan disumbangkan oleh pejabat Dewan Undangan Negeri Air Putih dan pihak Felda.

Jabatan Meteorologi beri amaran

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) • Terengganu (Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin) • Negeri Sembilan (Tampin) • Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei dan Sibu (Sibu dan Kanowit) • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat sehingga 5:00 petang; Isnin, 15 Ogos 2022.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 3:00 petang, 15 Ogos 2022

Related Articles

Back to top button