PalestinSemasa

Lebih 500 peneroka haram israel serbu Masjid Al Aqsa Baitulmaqdis Timur

Lebih 500 peneroka haram israel masuk secara paksa ke kompleks Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk menyambut perayaan Paskah Yahudi.

“Lebih 500 peneroka menyerbu Al Aqsa dari Pintu Mugharbah dan melakukan provokatif dan ritual Talmud di halamannya,” kata Pihak Berkuasa Wakaf Islam di Baitulmaqdis dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pihak berkuasa menambah bahawa pencerobohan peneroka dilakukan di bawah perlindungan polis, yang mengetatkan langkah ketenteraan di pintu-pintu Kota Lama dan Masjid Al Aqsa.

Pencerobohan peneroka ke dalam Masjid Al Aqsa berterusan sehingga solat asar pada hari Ahad, tambahnya.

Sejak hari pertama Paskah, yang bermula pada petang Isnin dan berlangsung selama seminggu, ratusan peneroka haram Yahudi telah menyerbu kompleks Masjid Al Aqsa setiap hari di bawah jagaan polis yang ketat, menyebabkan ketegangan di pelbagai bahagian di Kota Lama Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Pada hari Khamis, hampir 1,700 peneroka haram israel masuk ke kompleks Masjid Al Aqsa secara berkumpulan untuk menyambut Paskah, kata Pihak Berkuasa Wakaf Islam di Baitulmaqdis.

Kumpulan pelampau israel berhaluan kanan sebelum ini menggesa pencerobohan ke dalam masjid sempena perayaan Paskah.

Penduduk Palestin menuduh israel mengambil langkah pantas untuk mengadaikan Baitulmaqdis, termasuk Masjid Al Aqsa, dan memadamkan identiti Islamnya.

Paskah, hari memperingati keluarnya orang israel dari Mesir pada zaman Nabi Musa, dianggap sebagai salah satu hari raya terpenting dalam kalendar agama Yahudi.

Sejak tahun 2003, israel telah membenarkan peneroka haram memasuki kawasan flashpoint hampir setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Masjid Al Aqsa adalah tapak ketiga paling suci di dunia untuk umat Islam.

israel menduduki Baitulmaqdis Timur, di mana Al Aqsa berasa, semasa Perang Arab-israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada tahun 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

SUMBER: AA

 

Related Articles

Back to top button