BANDAR GAZA : Seramai 313 rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dibunuh oleh Zionis Israel melibatkan 71 kanak-kanak bawah umur sepanjang tahun 2021.
Laporan itu menyatakan bahawa 236 penduduk di Semenanjung Gaza, kebanyakannya terkorban ketika peristima serangan Israel ke atas Gaza antara 11 dan 21 Mei, dan 77 orang lagi di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Menurut B’Tselem, tiga lagi rakyat Palestin dibunuh sama ada oleh penjajah bersenjata atau oleh tentera yang mengiringi mereka.
Mengulas lanjut, “seorang lagi warga Palestin bawah umur ditembak oleh orang awam Israel dan, kemudian, oleh pegawai Polis Sempadan; dan dua rakyat Palestin dibunuh oleh penjajah bersenjata.”
Human Rights Watch telah melaporkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengatakan bahawa “dalam pertempuran Mei lalu, serangan oleh tentera Israel membunuh 260 rakyat Palestin”. Laporan itu juga mengatakan bahawa jumlah ini termasuk 66 kanak-kanak.
Mengenai rakyat Palestin yang terbunuh di Tebing Barat, B’Tselem berkata bahawa 32 daripada mereka “dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel, termasuk sembilan kanak-kanak bawah umur, terbunuh dalam atau berhampiran demonstrasi di mana rakyat Palestin berarak memperjuangkan nasib mereka.”
Kumpulan hak asasi Israel berkata bahawa ia menyiasat 336 insiden keganasan peneroka pada 2021, berbanding 251 pada 2020.
“Insiden ini menjelaskan bahawa keganasan zionis bukanlah inisiatif peribadi tetapi sebagai alat yang digunakan oleh apartheid Israel untuk mengambil alih lebih banyak lagi tanah milik Palestin,” kata B’Tselem.
“Dasar tembakan terbuka Israel yang kejam, tidak berperikemanusiaan, dan melanggar undang-undang mengakibatkan pembunuhan ratusan rakyat Palestin yang tidak bersalah pada tahun lalu.
-Middle East Monitor