Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
KOTA BHARU : Seramai 207 mangsa banjir daripada 45 keluarga di Kelantan ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pasir Mas dan Gua Musang setakat 3 petang Isnin.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan memaklumkan kesemua mangsa banjir tersebut ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, di Pasir Mas, manakala di Gua Musang membabitkan PPS SK Jeram Tekoh, Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7 dan SK Limau Kasturi (1).
Sementara itu, mengikut laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ dua sungai di negeri ini merekodkan bacaan melepasi paras waspada dengan trend menaik.
Dua lokasi terlibat ialah Sungai Kelantan di Kuala Krai pada bacaan 20.4 meter (waspada 20m), dan Kampung Temangan, Machang 14.2m (waspada 14m). – BERNAMA
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038