BAITULMAQDIS : Seramai 158 tercedera manakala enam lagi parah setakat ini dalam pertempuran antara polis Israel dan rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa semalam.
Tentera Israel menahan tiga anggota paramedik, tiga wartawan dan 400 yang lain ketika serbuan di masjid bagi mengusir 2,000 jemaah dengan polis menggunakan bom gas dan peluru getah.
Sumber Palestin berkata, anggota Bulan Sabit Merah mengalami kesukaran untuk membawa masuk ambulans bagi mengangkut mangsa yang cedera ke hospital selepas semua pintu masjid ditutup oleh polis Israel.
Polis juga didakwa menggunakan peluru getah dan menggunakan kekerasan dengan memukul pengawal Masjid Al-Aqsa, pihak media, kakitangan perubatan dan anggota Bulan Sabit Merah dengan belantan.
Pasukan keselamatan Israel itu juga didakwa merampas kunci ambulans dan mengelilingi Klinik Al-Aqsa, di mana pertolongan cemas diberikan kepada berpuluh-puluh orang yang cedera.
Saksi berkata, penunjuk perasaan Palestin terkena bom gas dan dibaringkan sebelum dipukul dengan kejam.
Hasil serbuan itu, konfrantasi ganas berlaku antara polis Israel dan penunjuk perasaan di pekarangan masjid berkenaan.
– AGENSI
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia