Lebih 100,000 kanak-kanak terjejas akibat gempa Maghribi — UNICEF
Marrakesh – Lebih 100,000 kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Maghribi Jumaat lalu, kata Agensi Kanak-Kanak PBB (UNICEF).
”Walaupun UNICEF masih belum mengetahui jumlah sebenar kanak-kanak yang terbunuh dan cedera, anggaran terkini dari 2022 menunjukkan kanak-kanak mewakili hampir satu pertiga daripada populasi di Maghribi,” kata agensi itu dalam satu kenyataan pada hari Isnin.
Lebih 300,000 orang telah terjejas di Marrakesh dan di Pergunungan Tinggi Atlas berikutan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud, menurut anggaran PBB.
Lebih 2,800 orang terbunuh, termasuk kanak-kanak, dengan ribuan lagi cedera, kata Kementerian Dalam Negeri negara itu. Pihak berkuasa bimbang bahawa jumlah ini hanya akan meningkat .
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa yang melanda sejurus selepas 11 malam waktu tempatan (2200GMT), adalah 75 kilometer barat daya Marrakesh pada kedalaman 18.5 kilometer.
Kerosakan besar dilaporkan di Marrakesh, tapak Warisan Dunia UNESCO akibat gempa yang membawa maut itu.
SUMBER: AP dan TRT World
Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM
MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.
Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.
MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)
Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh