KesihatanSemasa

Lebih 100 pesakit dapat rawatan percuma Mobile Clinic di Masjid Jamek Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah dengan jaya menyantuni kariah di Masjid Jamek Kampung Baru melalui program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM.

Program ini telah diadakan selama dua hari pada hari Khamis dan Jumaat lalu (1 Disember hingga 2 Disember).

Pengunjung yang hadir terdiri daripada warga emas, remaja dan kanak-kanak. Jumlah pengunjung keseluruhan selama dua hari melebihi 100 orang dan dirawat oleh pegawai serta sukarelawan yang bertugas.

Menurut Ahli Jawatan Kuasa dan Pengurus Masjid Jamek Kampung Baru, Mohd Yahya bin Haji Isman, dia sangat berterima kasih kepada MAIWP-MAPIM atas program rawatan & ubat-ubatan percuma yang diberikan. Dia berharap agar program seperti ini kerap diadakan kerana ia lebih efisien dan memudahkan masyarakat bagi mendapatkan rawatan.

“Saya sangat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan, pegawai yang bertugas memberi penerangan kesihatan dengan jelas dan lebih mendalam mengenai penyakit saya. Saya harap program seperti ini diteruskan lagi kerana dapat memberi banyak faedah kepada semua masyarakat di luar sana,” kata Yaakob Hassan, 66, salah seorang pengunjung.

Program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan terus diadakan di tempat-tempat lain pada setiap minggu bagi memberikan khidmat pemeriksaan serta ubat-ubatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

Doktor sukarelawan sedang memberikan konsultasi kepada pesakit di dalam bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan meneruskan lagi khidmat perubatan dan rawatan ke kawasan-kawasan masjid dan perumahan lain bagi menyantuni serta memberi pemeriksaan kesihatan kepada penduduk terutamanya golongan asnaf.


Bagi anda yang ingin menjemput dan mengadakan program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ke kawasan anda, boleh hubungi MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038.

BACA JUGA
Aktivis MAPIM Malaysia santuni asnaf di Klang

Related Articles

Back to top button