Lebih 100 pelarian termasuk kanak-kanak mendarat di Aceh
BANDA ACEH : Lebih 100 pelarian tiba di pantai wilayah Aceh di Indonesia pada Ahad, menurut pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sukarelawan NGO Aksi Cepat Tanggap, Nurul Yana Daba pihak berkuasa tidak pasti berapa lama 114 pelarian termasuk 35 kanak-kanak tersebut telah berada di laut, namun ada yang memerlukan bantuan perubatan apabila tiba di Bireuen, Aceh.
“Seorang pelarian wanita mengalami kesukaran untuk berdiri atau berjalan kerana mengalami bengkak pada tangan dan kakinya, manakala seorang lelaki, dipercayai terlalu lama berada di laut sehingga menyebabkan dia aga kekurangan zat makanan, kata Nurul.
Mukhtar, seorang penduduk tempatan, berkata pelarian masuk ke kampungnya untuk mendapatkan bantuan.
“Mereka meminta perlindungan. Kami akan menyerahkannya kepada kerajaan. Kami menerima mereka kerana ia adalah perkara yang berperikemanusiaan untuk dilakukan,” katanya.
Pegawai tempatan Alfian berkata penduduk kampung mengatur makanan untuk pelarian tetapi tidak menyangka mereka akan tinggal untuk tempoh yang lama di kampungnya.
Pada Disember lalu, tentera laut Indonesia menyelamatkan lebih 100 pelarian yang hanyut di atas bot karam di luar pantai barat Indonesia.
Selepas bantahan awal untuk membiarkan mereka turun, pihak berkuasa mengalah dan kemudiannya tunduk kepada tekanan antarabangsa untuk memberi mereka perlindungan.
Indonesia masih belum menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1951 mengenai Pelarian dan kebanyakannya dilihat sebagai negara transit bagi mereka yang mencari suaka ke negara ketiga.
Untuk rekod, lebih 730,000 pelarian melarikan diri dari Myanmar selepas tindakan keras yang diketuai tentera pada 2017, dan memaksa mereka ke kem-kem kosong di seberang sempadan di Bangladesh.
Penyiasat PBB membuat kesimpulan bahawa kempen ketenteraan telah dilaksanakan dengan “tujuan genosid.”
Ada yang melarikan diri melalui laut, belayar ke negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia antara November dan April apabila laut tenang. Ratusan daripada mereka datang ke Aceh secara berkala sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
-AGENSI